Monday 4 April 2011

Seni buatan tangan comel

ZAKKA dalam istilah Jepun bermaksud pelbagai barangan. Sungguhpun begitu terdapat pelbagai lagi konotasi menarik yang digunakan yang merujuk kepada pelbagai barangan serta hiasan yang dibuat hasil kerja tangan dengan kreativiti pereka itu sendiri.

Lebih tepat lagi, zakka sebenarnya merupakan seni melihat sesuatu barangan yang biasa digunakan iaitu barangan asas yang mudah didapati seperti kain perca, butang, kayu yang kemudiannya dijahit, kait atau dilekat mengikut kreativiti serta tidak memerlukan kos yang tinggi.

Zakka mula menjadi fenomena baru di seluruh dunia seiring dengan bangkitnya pengaruh budaya pop yang mahukan sesuatu yang comel, unik serta lain dari yang lain. Di Jepun juga, zakka bermakna pelbagai item yang mempunyai banyak fungsi, menarik serta unik.

Di negara Matahari Terbit itu, kedai menjual barangan yang dibuat menggunakan seni tangan yang comel bukanlah sesuatu yang asing di sana. Malah, bagi yang pernah melancong ke Taiwan, Hong Kong dan Eropah sudah tentu dapat berkongsi bahawa fenomena zakka sudah popular di sana sejak dahulu lagi.

Bagi penggemar seni kraf hasil buatan tangan, zakka diangkat umpama satu jenama popular.
Humpty Dumpty, Gelato Pique, Edit.for.Lulu, Deuxieme Classe dan La Belle Epoque merupakan antara patung imaginasi yang dicipta oleh mereka yang menjadikan hasil kreativiti tangan itu sebagai kepuasan dalam hidup.

Walaupun konsep zakka masih lagi baru di Malaysia, kewujudan sebuah kedai Daiso iaitu kedai yang menjual barangan kelengkapan rumah yang diinspirasi zakka pada 2008 di ibu negara memeriahkan fenomena itu.
Pipit Zakka idea suami isteri.

Kini, muncul pula sebuah kedai zakka di Petaling Jaya, dengan menggunakan sepenuhnya konsep itu. Pipit Zakka Store yang terletak di kawasan rumah dua tingkat di SS2 menyajikan pelbagai barangan hasil rekaan tangan yang dipasarkan oleh pereka tempatan dan juga luar negara.

Dimiliki oleh Mike Ooi dan isterinya Ivery Khooi, kedai tersebut dibuka selepas mendapat permintaan pelanggan setia mereka yang sebelum ini hanya dapat membeli barangan tersebut yang dijual mereka melalui laman sesawang Pipit.

“Sebenarnya kami membuka kedai, selepas merancangnya hampir empat tahun.
HIASAN berbentuk epal ini dikatakan boleh memberi nasib baik kepada mereka yang memilikinya.
“Selain sokongan daripada peminat barangan zakka dari laman sosial, kami juga mendapat sokongan daripada rakan kami yang menawarkan tempat ini untuk disewakan pada harga yang berpatutan,” kata Mike yang menyifatkan kedai kecil mereka diinspirasikan daripada lambakan kedai zakka yang dikunjungi ketika melancong ke Tokyo, Jepun.

Disebabkan dia dan isteri juga berminat dengan kelengkapan serta perhiasan seperti anting-anting, patung hiasan, mereka ternyata berpuas hati dengan pembukaan kedai kecil mereka itu.

“Disebabkan kedai kami kecil dan hanya dikendali oleh kami berdua sahaja, kami sepakat menamakannya sebagai Pipit iaitu nama seekor burung kecil,” terangnya yang masing-masing berusia 31 tahun.
Menurut Ivery yang turut mereka cipta beberapa perhiasan buatan tangan, keunikan kedai berkonsepkan zakka di Jepun, menyuntik idea untuk mewujudkan kedai tersebut, malah konsep kedai tersebut juga dilengkapi dengan barangan buatan tangan serta kitar semula.

“Terdapat ramai individu yang menggemari barangan hasil tangan unik dan comel tetapi, tidak tahu tempat yang sesuai untuk menjual hasil kreativiti mereka. Kini di Pipit Zakka Store, pelanggan boleh berkunjung bila-bila masa sahaja.

“Malah, bagi mereka yang banyak menghasilkan barangan hasil kreativiti tangan juga boleh mempamerkan barangan mereka untuk jualan,” terangnya yang tanpa segan mengakui meja yang sedang digunakan untuk sesi temu bual itu merupakan sebuah meja terpakai.

Walaupun kedai tersebut kecil, tetapi atmosferanya sudah tentu menjadikan pengunjung rambang mata dengan lebih 20 barangan hasil kerja tangan tempatan dan luar negara.
Antara yang menarik seperti beg sandang, perhiasan diri, barang mainan serta t-shirt yang dijual pada harga berpatutan iaitu serendah RM3 hingga RM200.

“Semua produk ini adalah 100 peratus asli malah, sangat eksklusif kerana dihasilkan hanya satu keluaran sahaja memandangkan ia dibuat dengan tangan. Ini bermakna kita tidak akan terserempak orang yang menggunakan produk yang sama dan serupa,” jelasnya sambil memberitahu barang-barang dijual mereka ada yang dibawa dari Perak, Pulau Pinang malah, dari Hong Kong dan Taiwan.

WAJAH patung amigurumi comel yang sedang diusahakan oleh Rosmalia. 
Kerja tangan lama kembali popular 

Hakikatnya, seni buatan tangan yang menggunakan kreativiti seperti menjahit, mengait, menampal dan menggunakan barang terpakai seperti zakka sebenarnya sudah mula popular sejak zaman dahulu lagi terutama di kawasan kampung.

Cuma hasilnya mungkin tidaklah secomel atau seunik produk sekarang.
Ibu-ibu yang tidak bekerja contohnya akan menghabiskan waktu senggang mereka dengan mengait benang-benang menjadi alas televisyen, alas meja, topi serta stoking kanak-kanak.

Bagi seorang guru, Rosmalia Muhammad, 30, dia yang mula terdetik untuk belajar cara-cara mengait selepas melihat hasil seni halus mengait kakaknya kini semakin gian dengan hobi masa senggang itu.
“Mula-mula saya hanya mengait topi, penyepit rambut untuk anak saya, kemudian pernah sekali saya hadiahkan kepada anak rakan saya, ramai yang tertarik melihat kreativiti saya.

“Selepas mendapat permintaan ramai, saya mula memasarkan pelbagai perhiasan yang dibuat menggunakan jahitan mengait melalui blog dan laman sosial Facebook,” katanya mengakui banyak mempelajari teknik-teknik mengait melalui buku keluaran Jepun.

Kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan Triang, Pahang itu, minatnya terhadap kerja-kerja mengait begitu mendalam sehingga dia sanggup berbelanja membeli sejenis jarum mengait khas yang hanya dijual di Jepun iaitu Hamanaka Rakuraku.

“Dengan menggunakan jarum baru itu, ia lebih memudahkan saya untuk membuat chochet hiasan bunga di topi yang kini semakin popular dengan menggunakan benang saya beli dari Turki melalui laman sesawang benangkait.com.

“Saya banyak mendapat idea dengan melayari laman web yang kebanyakan dari Jepun, walaupun tidak memahami bahasa yang digunakan, tetapi mereka menunjukkan langkah-langkah dengan terperinci yang memudahkan,” katanya yang juga gemar membuat sejenis patung yang dibuat daripada kain perca yang kemudian disumbat dengan fiber iaitu gentian benang sintetik. Dia kini sedang mencuba mengait patung yang dikenali sebagai amigurumi.

Kualiti kraf buatan tangan

Konsep zakka semakin mendapat tempat di hati, tetapi ia masih lagi hanya di dalam pasaran khusus untuk remaja. Bagi seorang pereka grafik, Saw Sue Mei, 26, dia mengakui tidak ramai di Malaysia yang tahu nilai barangan buatan tangan.

Dia yang turut gemar membuat barangan hasil kerja tangan seperti penanda buku, bantal peluk, klip rambut dan juga beg sandang, kecewa apabila ada yang memperlekehkan hasilnya.

HIASAN burung hantu yang dibuat daripada kertas keras boleh menjadi hiasan comel di meja kerja atau rak rumah. 

“Zakka tidak mendapat publisiti secara meluas di negara kita, ia menyebabkan ramai yang merungut apabila harga barangan zakka ada yang agak mahal.

“Mereka mungkin tidak tahu menilai seni serta kreativiti tangan itu yang walaupun nampak kecil dan biasa tetapi, memerlukan bakat serta konsentrasi yang tinggi” katanya.

Pendapatnya turut dipersetujui oleh Noramalina Zakaria, 18, yang mengakui mereka yang membuat hasil tangan memerlukan komitmen masa kerana ia dibuat sedikit demi sedikit demi memastikan kekemasan dan kualitinya terjaga.

“Saya percaya, mereka yang membuat perhiasan dengan menggunakan sepenuhnya kerja tangan memerlukan kesabaran yang tinggi, walaupun kos yang dikeluarkan tidak banyak. Harga dibayar pembeli itu adalah bagi membayar kreativiti pembuat tersebut,” terangnya panjang lebar.

Trend populariti zakka pada ketika ini mengingatkan kita kepada hasil-hasil buatan tangan zaman orang tua kita yang gemar membuat perhiasan menggunakan barangan terpakai serta yang mudah didapati sekali gus membawa kita mengimbau zaman lampau.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Friday 11 March 2011

Soalan Kerja Kursus PSV SPM 2011

2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 2611/3
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
KERJA KURSUS
Kertas 3
Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.
4. Semua contoh ilustrasi yang dipamerkan dalam setiap tugasan tidak dilukis mengikut skala sebenar.

ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Hasil Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan dalam tahun semasa peperiksaan.
3. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus ini secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai.
4. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
5. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
6. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
7. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
8. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
9. Calon mestilah memenuhi ke semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapat gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik (pencapaian minimum 60% setiap aspek) sahaja akan dicatatkan dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatatkan di dalam sijil.
10. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
11. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
12. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
13. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
14. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : HIASAN DALAMAN
PRODUK : RUANG BACAAN KANAK-KANAK
SITUASI
Sebuah Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak memerlukan reka bentuk hiasan dalaman
untuk ruang bacaan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bacaan untuk kanak-kanak dengan hiasan yang sesuai.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bacaan.
2. Koleksi pelbagai gambar jenis perabot dan peralatan yang sesuai.
3. Lukisan pelan lantai untuk sudut bacaan mengikut skala.
4. Lakaran dan olahan perabot serta peralatan yang dipilih.
5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai yang dipilih.
6. Kajian warna pada reka bentuk hiasan dalaman yang pilih.
7. Lukisan dari sudut pandangan berbeza mengikut skala.
8. Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik.
9. Lukisan persembahan dalam situasi yang sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil model reka bentuk ruang bacaan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : Panjang
Lebar
Tinggi
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.
- 40 cm
- 30 cm
- 20 cm
30 cm
40 cm
20 cm

TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA ASEMBLAJ
SITUASI
Sebuah syarikat perkapalan antarabangsa akan mengadakan pameran kapal layar di tempat anda. Sebuah arca asemblaj akan diletakkan di pintu masuk bilik pameran.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca asemblaj.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai arca asemblaj.
2. Koleksi gambar pelbagai kapal layar sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.
4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih.
5. Lakaran reka bentuk arca asemblaj.
6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.
7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.
8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil reka bentuk arca asemblaj anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : Panjang
Lebar
Tinggi
Warna : Bebas
Tema : Perkapalan
Teknik : Arca Asemblaj
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
- mengikut kesesuaian
- mengikut kesesuaian
- 40 cm
- 40 cm

TUGASAN 3
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI
PRODUK : ILUSTRASI HIASAN TOPI KELEDAR
SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar topi keledar akan menganjurkan satu pertandingan ilustrasi hiasan
topi keledar terbaru keluaran syarikat itu.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi hiasan topi keledar yang bermotifkan fauna di Malaysia.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai topi keledar.
2. Koleksi gambar pelbagai fauna di Malaysia sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik fauna yang dipilih.
4. Lakaran reka bentuk topi keledar.
5. Lukisan hamparan reka bentuk topi keledar yang dipilih mengikut skala.
6. Lakaran olahan fauna yang dipilih.
7. Lakaran reka letak ilustrasi yang dipilih.
8. Kajian warna pada lakaran reka letak yang dipilih.
9. Lukisan sebenar hasil karya dari tiga sudut pandangan berbeza.
10. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.
11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil ilustrasi topi keledar hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Bilangan warna : Bebas
Motif : Fauna di Malaysia
Teknik : Bebas kecuali kolaj
Contoh:
Nota:
1. Anda boleh membuat ilustrasi di atas topi keledar sebenar.

TUGASAN 4
BIDANG : KRAF
TAJUK : TEMBIKAR
PRODUK : LAMPU HIASAN
SITUASI
Seorang pengusaha kilang tembikar ingin mengeluarkan produk lampu hiasan yang boleh
diletakkan di ruang tamu rumah. Lampu hiasan ini mestilah mempunyai reka bentuk moden
dan futuristik namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk lampu hiasan.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai bentuk lampu hiasan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai sumber motif.
3. Lakaran reka bentuk lampu hiasan.
4. Lakaran pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai idea.
5. Lakaran olahan reka corak bersesuaian dengan reka bentuk.
6. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.
7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih.
8. Lukisan sebenar reka bentuk yang dipilih dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan model lampu hiasan anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Tanah liat
Ukuran minimum : Panjang
Lebar
Tinggi
Bilangan warna : Bebas
Motif : Tradisional
Teknik : Teknik lingkaran, kepingan dan picit
Reka bentuk : Moden dan futuristik
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dibakar.
2. Hasil kerja boleh disepuh atau diwarna dengan menggunakan warna yang sesuai.
- 10 cm
- 10 cm
- 30 cm
minimum 10 cm
30 cm

TUGASAN 5
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : KAD UCAPAN
PRODUK : KAD UCAPAN TIGA DIMENSI
SITUASI
Sebuah Persatuan Alam Sekitar ingin menghasilkan kad ucapan tiga dimensi bagi jualan amal sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu kad ucapan tiga dimensi yang bertemakan alam sekitar dan bermotifkan flora dan fauna.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai kad ucapan tiga dimensi.
2. Koleksi gambar berkaitan flora dan fauna.
3. Koleksi muka taip.
4. Lakaran reka bentuk kad ucapan.
5. Lukisan realistik motif yang dipilih.
6. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.
7. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.
8. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.
9. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.
10. Lukisan tiga dimensi kad ucapan.
11. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
13. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, kad ucapan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran minimum : Panjang
Lebar
Bilangan warna : Bebas
Media : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Sesuai dengan situasi
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.
- 30 cm
- 22 cm
- 30 cm
- 22 cm

TUGASAN 6
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : PEMBUNGKUSAN
PRODUK : PEMBUNGKUSAN MAKANAN
SITUASI
Syarikat Delima Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi kayu.
Syarikat ini ingin memasarkan kerepek keluarannya ke pasaran antarabangsa.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pembungkusan kerepek ubi kayu tersebut.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai pembungkusan makanan ringan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi muka taip.
3. Koleksi motif yang bersesuaian dengan tajuk.
4. Lakaran reka bentuk pembungkusan.
5. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih mengikut skala.
6. Lukisan realistik motif yang dipilih.
7. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.
8. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.
9. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.
10. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.
11. Lukisan tiga dimensi pembungkusan yang dipilih.
12. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
13. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
14. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk pembungkusan anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : Panjang
Lebar
Tinggi
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Suci
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.
- mengikut kesesuaian
- mengikut kesesuaian
- 30 cm
Mengikut kesesuaian
Mengikut kesesuaian
30 cm

TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA BENTUK PENERBITAN
PRODUK : PAPAN CERITA
SITUASI
Sebuah syarikat kosmetik ingin menerbitkan iklan bagi mempromosikan produk terbaru
kecantikan wanita.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan papan cerita sebanyak lapan bingkai
untuk mengiklankan produk kecantikan tersebut.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai iklan produk kecantikan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai produk kecantikan wanita.
3. Lukisan realistik produk kecantikan yang dipilih.
4. Lakaran pelbagai bentuk figura manusia atau yang berkaitan.
5. Lakaran kenit olahan idea papan cerita berserta catatan.
6. Lakaran tiga set cadangan papan cerita berdasarkan sumber idea yang dipilih dan catatan.
7. Lukisan sebenar papan cerita yang dipilih mengikut urutan dan jalan cerita sebenar.
8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
9. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, papan cerita anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran : 30 cm × 20 cm setiap bingkai
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemas dan dibingkaikan.
30 cm
20 cm

TUGASAN 8
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : REKA CORAK SET PINGGAN MANGKUK
SITUASI
Sebuah syarikat pinggan mangkuk memerlukan reka corak cawan dan piring keluarannya.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak yang menggambarkan
keindahan flora dan fauna pada produk tersebut.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis cawan dan piring.
2. Koleksi gambar flora dan fauna sebagai sumber ilham.
3. Lakaran reka bentuk cawan dan piring.
4. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.
5. Lakaran olahan motif flora dan fauna.
6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.
7. Kajian warna pada reka letak.
8. Lukisan sebenar cawan dan piring.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak cawan dan piring tersebut hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : Piring
Cawan
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Contoh:
Nota:
1. Anda boleh menggunakan cawan dan piring sebenar bagi membuat reka corak.
- diameter antara 13 cm – 15 cm
- tinggi : antara 6 cm – 8 cm
- lebar : antara 6 cm – 8 cm
13 cm – 15 cm
6 cm – 8 cm
6 cm – 8 cm

TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN
PRODUK : CETAKAN SARING
SITUASI
Sebuah hotel ingin menghias lobi menunggunya dengan satu cetakan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu karya cetakan yang menggambarkan keindahan alat muzik tradisonal.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai cetakan.
2. Koleksi gambar alat muzik tradisional.
3. Lukisan realistik tiga alat tradisional.
4. Olahan motif berdasarkan sumber ilham.
5. Lakaran reka letak motif.
6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.
7. Kajian warna.
8. Lukisan sebenar cetakan.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
12. Lampiran minimun tiga edisi cetakan mengikut turutan.

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan tersebut hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Blok cetakan saring
Ukuran : 30 cm × 30 cm
Bilangan warna : Bebas
Motif : Alat muzik tradisional
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dibingkaikan.
TUGASAN TAMAT
30 cm
30 cm