HSP PSV

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginasi, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk

  1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

  2. Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghaisilan karya seni visual.

  3. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.

  4. Menggunakan pelbagai kamahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.

  5. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual.

  6. Mengdapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

  7. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa.

  8. Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.

  9. Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup.

  10. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.