c0ra+ c0re+ PSV

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu:

i: Bidang Penghasilan Seni Visual 

ii:Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.

Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan Seni Visual ialah:

i: kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan

ii: kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat

iii: kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat

iv: kemahiran bekerjasama

v: kemahiran pengurusan

Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintergrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan Seni Visual, kegiatan harus melibatkan: 

i: penerokaan

ii: pewujudan idea

iii: perkembangan idea

iv: pembelajaran secara terancang

v: penggunaan teknologialat dan bahan melalui teknik tertentuk

Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan dalam kalangan murid. Kedua-dua bidang ini menjurus kepada matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

 

Tujuannya adalah untuk pembinaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Pengajaran dan pembelajran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.

 

Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan Seni Visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidiakn Seni Visual dapat dikembangkan.

 

Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang Seni Visual termasuk kraf kebangsaan pendedahan dalam bidang Seni Visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali Seni Visual dalam evolusi budaya kebangsaan.

 

Bidang ini menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam pelbagai teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan nilai masyarakat dan nilai kenegaraan. Sehubungan itu latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi diperkenalkan secara terus untuk membantu kegiatan seni.
Bidang Penghasilan Seni Visual meliputi:
  1. Asas Seni Reka:
    1. Unsur Seni:
    2. garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna
    3. Prinsip rekaan:
    4. harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama, pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan
  2. Seni Halus:
  3. lukisan, catan, arca dan cetakan
  4. Komunikasi Visual:
  5. reka bentuk grafik dan multimedia
  6. Reka Bentuk:
  7. reka bentuk industri dan reka bentuk persekitaran (hiasan dalaman dan lanskap)
  8. Kraf Tradisional dan Dimensi Baru:
  9. tembikar/seramik, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan tekat